Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Sabtu, 29 Ogos 2009

Dulu & Sekarang....

Dulu dan sekarang memang berbeza...setiap zaman ada caranya tersendiri...jika dulu kegilaan terhadap muzik 60'an/dan kemudian muncul muzik Rock yang membawa pengaruh yang cukup kuat malah genre muzik itu sehingga sekarang masih lagi mendapat tempat perhatian...Siapa kata muzik Rock sudah berkubur??

Lihat saja Kumpulan Khalifah, Jinbara antara kumpulan rock generasi baru...yang begitu kuat pengaruh rock nya. Tidak ketinggalan juga dengan industri kecil muzik kita yang dikira semakin bagus jika dibandingkan dengan masa dulu. Dengan adanya teknologi sekarang ini, disertakan dengan semangat juang yang tinggi dan mahu berubah tidak mustahil industri kita akan berkembang...semuanya perlu kerjasama dari semua pihak.

Jika dulu kemunculan artis berkumpulan pertama merakamkan album, iaitu Kumpulan Jelmol diikuti Seneroi, dan selepas itu Endral, Genrai...ia seakan satu fenomena baru dan kemajuan setapak lagi industri muzik kita di penghujung 90'an...selepas itu perubahan demi perubahan, era globalisasi, dengan kemajuan teknologi..perubahan itu harus seiring dengan kita juga di industri muzik dalam lingkungan masyarakat kita sendiri.

Perubahan memaksa kita juga berubah dan mencari cara baru..dalam memasarkan muzik kita...bukan itu sahaja tetapi untuk menunjukkan kepada luar bahawa orang kita juga mampu, orang kita juga berkualiti, orang kita juga hebat...biar ada perubahan walaupun sedikit..ini kerana perubahan yang sedikit itulah yang akan membawa kesan yang besar di masa akan datang.

Sehingga artikel ini ditulis, banyak sudah perubahan yang telah ada dan telah kita nampak dalam industri muzik kita, tiada lagi malu untuk berubah...terus maju dan terus maju , Ramai diantara masyarakat orang asli kita sendiri pun sudah ramai yang menggunakan internet sebagai medium memasarkan produk kita, satu perkembangan yang bagus...gunakan medium yang ada untuk faedah bersama.

UC KKB, Kumpulan yang berasal dari Kuala Kubu Baru yang berani berubah dengan menggunakan medium internet dalam memperkenalkan Muzik mereka, mereka membawa konsep Rock tetapi unik kerana mereka mengekalkan indentiti dan asal usul budaya mereka di dalam lagu-lagu mereka..Syukri, salah seorang ahli kumpulan ini berkata, "ilmu pengetahuan penting dalam survival Lagu-lagu kita, orang diluar sana semakin inginkan kelainan tetapi pada masa yang sama inginkan sesuatu yang menarik...menggunakan medium internet pada masa ini adalah satu cara yang paling baik selain cara biasa seperti penjualan CD, penyiaran lagu di radio dan sebagainya", Katanya...

Radio Malaysia Asyikfm juga masih memperjuangkan dan menyiarkan lagu-lagu dari band-band Orang Kita sendiri... "Jika Asyikfm tidak menyiarkan lagu-lagu kita, siapa lagi?. Hanya Asyik fm yang menyiarkan lagu-lagu orang kita dan ini harus diteruskan", Kata salah seorang rakan yang meminati siaran ASYIKfm.

Selain UC KKB, kumpulan yang semakin mendapat tempat pada masa ini ialah kumpulan i-Sabath berasal dari Perak dari Suku Kaum Temiar, Kumpulan ini membawa juga genre Power Metal ala-ala kumpulan Cromok...kemunculan mereka tanpa disangka-sangka di dalam sebuah rancangan dokumentari terbitan TV3 menghangat kan lagi kehadiran kumpulan ini dalam industri muzik kita..kita percaya ramai lagi bakat-bakat yang bagus dan layak diketengahkan dan dibawa ke peringkat yang lagi tinggi..

Semoga lebih maju...

***Salam 1 Malaysia***
**My Hik Hits Admin**

Isnin, 24 Ogos 2009

Unplugged "Kami Anak Merdeka" Meriah...


Rakaman "Kami Anak Merdeka" Yang dianjurkan oleh ASYIKfm mendapat sambutan yang meriah...kehadiran penonton yang memeriahkan lagi rakaman untuk melihat, artis profesional antaranya Yan Lefthanded, Ali M'pire, Zzati, Mazuan, dan ramai lagi...






ini diantara gambar yang sempat diambil oleh lensa kamera...
***My Hik Hits Admin***

Ahad, 23 Ogos 2009

"Saiba Rock" Semakin mendapat perhatian...

Pernahkah anda mendengar lagu "Saiba" nyanyian kumpulan khalifah? pasti ramai diantara anda lebih mengetahui lagu itu memang hits diputarkan di mana-mana corong radio, dan juga di mana-mana stesen radio di Malaysia ini...lagu yang diambil dan di sadurkan kembali dalam versi Malaysia dan dibawa dalam slanga atau dialek Kelantan yang pekat menjadikan lagu tersebut cukup unik dan ada diantara kita yang tidak menyangka bahawa lagu itu asalnya daripada lagu yang menjadi Sountrack Filem Hindi...

Kumpulan UC KKB, kumpulan muzik yang berasal dari Kuala Kubu Baharu Selangor ini, adalah kumpulan dari Masyarakat Orang Kita sendiri iaitu daripada Suku Kaum Temuan mungkin namanya 'group' ini agak asing, dan mungkin hanya segelintir mengetahui nya kepada rakan-rakan kita peminat setia Radio Malaysia ASYIKfm itupun lagu ini masih baru lagi di ketengahkan di Stesen itu...

Dengan bantuan dari pemain guitar Kumpulan Khalifah saudara Khairi...yang memang bekerja sama rapat dengan kumpulan ini, mereka menghasilkan lagu "Saiba Rock" yang digubah dari segi susunan lirik dan muziknya..yang seakan-akan menyerupai lagu asal Saiba dari Kumpulan yang dianggotai Khairi sendiri..iaitu kumpulan Khalifah...UC KKB mengambil peluang ini...Sedara Syukri memang tidak asing lagi..kerana beliau pernah menganggotai kumpulan Redstone yang suatu ketika pernah..popular dengan lagu-lagu mereka yang memang menyengat di Siaran Radio Malaysia ASYIKfm..membentuk kumpulan UC KKB yang konsep muzik mereka tidak lari dari kumpulan Redstone dahulu dengan membawa konsep muzik Rock dalam perjuangan muzik mereka...

Memegang jawatan sebagai penguatkuasa, pengusaha benih keli...minat beliau pada muzik tidak pernah pudar..sesiapa pun di dalam masyarakat dan komuniti masyarakat uwang kitak Orang Asli harus berbangga dengan jatidiri sendiri dan harus mencontohi usaha Saudara Syukri ini...begitu juga untuk kumpulan muzik lain di dalam ruang lingkup industri muzik Orang Kita ini...yang penting jangan berputus asa dalam usaha untuk berjuang dalam bidang yang anda minati ini...

untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan ini sila ke http://syukrilan.wordpress.com/ laman mereka yang dibangunkan sendiri oleh Saudara Syukri.

DENGAR DAN DOWNLOAD LAGU HITS MEREKA

SAIBA ROCK DI SINI!!

* UC KKB - SAIBA ROCK

Gambar-gambar terbaru sessi rehearsal Rakaman Kami Anak Merdeka Asyikfm


Bersama krew rakaman dan juga artis-artis yang mengambil bahagian di dalam rakaman Kami Anak Merdeka pada malam ini...

Lagu Terbaru!

Di Sini beberapa lagu lagi diupload khas untuk anda..jadilah pengikut Blog ini...sokonglah industri muzik orang kita..hanya di My Hits!

seperti biasa jika anda ingin mendengar dan juga download lagu sila klik pada tajuk lagu di bawah!

1. Ramsa - Aku Budak Kampung (Lagu yang pernah popular di Asyikfm sehingga sekarang)
2. A'Boys - Pasar Malam Kahang (Paja 2007 Version)
3. Denai - Oh Dimana
4. Ramsa - Zaleha (Lagu-lagu Ramsa memang mendapat sambutan hangat di Asyikfm)
5. Wali - Yank (Lagu dari negara seberang ini semakin mendapat sambutan pendengar di Asyik fm)
6. Atai II - Tinggal Kenangan
7. Seniroi - Prenhod (lagu versi asal original nyanyian seniroi, ramai yg lebih meminati versi Asal lagu ini)
8. Destinasi BT - Si Baju Hijau (Lagu Saduran dibawa oleh Kumpulan Destinasi, Vokalis Era)
9. Beltop - Apa Salahku (Yang ini dalam bahasa Melayu, jika sebelum ini kita selalu dengar dlm versi Temiar, diupload khas untuk anda hanya di My Hik Hits!)
10. D'Men3 - Joget Kapal Terbang

berikut 10 lagu di upload khas untuk anda, sebarang komen atau pendapat sila email ke
adiey1312@yahoo.com HANYA DI MY HIK HITS!

Sabtu, 15 Ogos 2009

Muat Turun Terbaru Bulan Ogos!!

Berikut adalah lagu-lagu terbaru untuk muat turun Bulan Ogos;

muat turun dengan klik tajuk lagu yang anda minati di bawah..

1.Village Boy - Cinta Tiga Segi (Rentak Cha-Cha)

2. Rimba Bara - Cicok Rowo

3.SETEM - Kau & Aku

4.DSL - Lelaki Cadangan (Lagu Saduran)

Lagu-lagu akan diupdate dari masa ke semasa, kualiti yang anda terima mungkin tidak sama dengan original, ape pun enjoy it!! diupload khas untuk anda...terima kasih atas sokongan.

Album Selindung Jingga Semakin Mendapat Sambutan!


Setelah popular dengan lagu Inak Gaok kump. Selindung Jingga sekali lagi melangkah dengan menghasilkan album EP mereka yang dipasarkan secara Indipendend atau pun di jual secara sendiri seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan kump. indie sekaran ini... jika anda bersama dengan blog ini, pada minggu lepas mereka mengadakan Jualan album mereka di Sambutan Hari Orang Asal di Laman Budaya Shah Alam, dan juga sessi bertemu peminat di sana..album mereka juga mendapat sambutan hangat!!

Kumpulan Selindung Jingga Juga pernah bersama dalam Segmen Gradunggradeng di Radio Malaysia Asyikfm pada awal tahun ini...melonjakkan lagi nama mereka...

dan kepada mereka yang ingin mendapatkan album ini boleh menghubungi saudara Mor Ajani (Blue Crsytal Enteprise) atau pun Admin Blog ini sila email/hubungi saya adiey1312@yahoo.com stock terhad percuma poster Selindung Jingga dengan setiap pembelian Album Selindung Jingga melalui Admin Blog ini...

Album Berjudul Inak Gaok, dijual dengan harga RM15 dan ada juga poster Exclusive untuk pembeli Album ini yang original, album mereka di edar oleh Blue Crystal Enteprise, yang berpusat di Desa Temuan Damansara Perdana...kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang anak muda dari Suku Temuan ini mempertaruhkan 5 lagu dalam album mereka iaitu;

1. Ku Tahu Kau Berpunya

2.Izinkan Diriku

3. Ku Sayang Dirimu

4.Inak Gaok

5. Pertemuan Malam Pesta

Dengarkan preview lagu-lagu mereka di sini!

* Preview Selindung Jingga

untuk kualiti yang terbaik belilah album ini yang original..sokonglah industri muzik My Hik kita!

Isnin, 10 Ogos 2009

Kumpulan SETEM


Band yang baru muncul dalam bulan Julai 2009 di dalam rakaman Gradung gradeng..satu segmen yang semakin mendapat sambutan di Radio Malaysia Asyikfm...

SETEM gabungan Semai, Temiar, Temuan yang membawa makna nama kumpulan ini...

Konsep muzik mereka pop rock yang sudah pasti jenis muzik ini mudah diterima oleh khalayak peminat muzik...Vokalis utamanya adalah Saudara Anjang dan mereka ini menetap di Bt. 12 Gombak, Selangor.

Kehadiran mereka ini memeriahkan lagi rakaman gradung gradeng yang disambung semula rakamannya pada awal Jun 2009 dan berhenti rehat semasa Bulan Ramadhan dan akan disambung semula selepas Raya nanti...pemain Guitar kumpulan ini saudara Roya yang berpengalaman dalam bidang muzik..

Selamat maju jaya kepada mereka ini dan tunggu untuk edisi akan datang pihak kami akan upload Video Klip 'Exclusive' kumpulan ini untuk tatapan anda tunggu....

Admin.

My Hik Hits...

juga anda boleh layari;

www.gradunggradeng.blogspot.com

Download lagu terbaru mereka!

* SETEM - Kau & AKu

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kumpulan DSL


DSL 2009, dari kiri saudara Pegang Esek ( Bass Gitar ), Norafifi ( Vokalist), Sani ( Drum ) dan Saidi (Gitarist )



DSL bermaksud Dari Sungai Lui telah lama ditubuhkan dan anggotanya silih berganti terutama vokalis mereka,bermula dari saudara Alip Aling sekitar tahun 1992, selepas itu saudara Ahad dan saudara Rakesh , saudari Nadia dan saudari Lenny, kini anggota DSL mempunyai vokalis terbaru iaitu Norafifi, walaubagaimanapun mereka tetap akan terus berkarya menurut saudara Pegang Esek, Ketua Kumpulan DSL 2009.

Antara lagu hits mereka

1. Rindu -Merindu
2. Janji
3. Sesaat Kau Ku Rindu
4. Cinta Mu Hanya Di Bibir Saja
5. Berkasih Boleh

Muat Turun Lagu Saduran mereka!! (klik pada tajuk lagu untuk muat turun)
DSL - Lelaki Cadangan

(gradunggradeng.blogspot.com)

Khamis, 6 Ogos 2009

Kemunculan Band-band baru...

Industri hiburan 'Mai Hik' Kita trus segar dengan kemunculan band-band baru yang tumbuh bagai kan cendawan lepas hujan...segmen 'Gradung gradeng' di Siaran Radio Malaysia Asyik fm adalah sebagai platform terbaik untuk band-band amatur daripada masyarakat orang kita sendiri menyerlahkan bakatnya dalam...bidang muzik khasnya dalam permainan muzik...

Jika PAJA (Pertandingan Akhir Juara Asyik) sebagai platform menyerlah bakat kumpulan dan juga Solo baru-baru ini namun segmen gradung gradeng...juga tidak kurang hebatnya kerana program ini baru sahaja diadakan oleh pihak Asyikfm pada tahun ini (2009) untuk menyerlah kan lagi bakat band-band baru...tidak sia-sia kerana sehingga artikel ini ditulis sudah ada 20 Band daripada masyarakat orang kita berjaya diketengahkan...

Ada juga diantara mereka...yang begitu hebat reputasinya...cuma mereka ini tidak diketengahkan...ini terbukti dengan ada juga band-band yang pernah membuat persembahan besar di negeri masing-masing dan ada juga pernah dijemput di majlis-majlis VVIP untuk menjayakan majlis mereka...Tahniah apa pun kepada kebolehan mereka...ini terbukti dengan keyakinan tinggi mereka bermain di khalayak ramai...cadangan di masa hadapan akan diadakan satu konsert khas untuk semua band-band ini bersatu di dalam satu persembahan, kita tunjukkan pada pihak luar bahawa kita bagus...kita juga ada pengaruh di kalangan masyarakat kita sendiri dan mungkin juga menjadi pengaruh untuk masyarakat luar, mungkin suatu hari mereka akan menghormati muzik kita...

Seperti juga Band Cromok, sebuah band heavy metal yang pernah menggegarkan Australia...dengan muzik mereka yang lain dari yang lain..kita juga boleh!!

Ahad, 2 Ogos 2009

Selamat Datang Tai!


Selamat Datang ke My Hik Hits!!

Laman web ini baru sahaja dilancarkan...laman pertama yang bakal menghimpunkan lagu/info/band dan juga apa sahaja berkaitan muzik 'My hik' ke dalam talian...

anda juga boleh download lagu muzik modern orang kita...'My Hik' dari pelbagai suku kaum orang asli di Malaysia...

dan juga anda boleh mengetahui info terbaru industri muzik dalam ruang lingkup My hik orang kita di semenanjung malaysia..laman ini menyokong penuh industri muzik My Hik di Malaysia...

diharapkan ada anjakan paradigma dengan adanya laman blog ini...selamat melayari blog ini..

Tima kasih tai!!

from;

Editor My Hik Hits
(www.lagukkitan.blogspot.com

kelingai fm