Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Khamis, 6 Ogos 2009

Kemunculan Band-band baru...

Industri hiburan 'Mai Hik' Kita trus segar dengan kemunculan band-band baru yang tumbuh bagai kan cendawan lepas hujan...segmen 'Gradung gradeng' di Siaran Radio Malaysia Asyik fm adalah sebagai platform terbaik untuk band-band amatur daripada masyarakat orang kita sendiri menyerlahkan bakatnya dalam...bidang muzik khasnya dalam permainan muzik...

Jika PAJA (Pertandingan Akhir Juara Asyik) sebagai platform menyerlah bakat kumpulan dan juga Solo baru-baru ini namun segmen gradung gradeng...juga tidak kurang hebatnya kerana program ini baru sahaja diadakan oleh pihak Asyikfm pada tahun ini (2009) untuk menyerlah kan lagi bakat band-band baru...tidak sia-sia kerana sehingga artikel ini ditulis sudah ada 20 Band daripada masyarakat orang kita berjaya diketengahkan...

Ada juga diantara mereka...yang begitu hebat reputasinya...cuma mereka ini tidak diketengahkan...ini terbukti dengan ada juga band-band yang pernah membuat persembahan besar di negeri masing-masing dan ada juga pernah dijemput di majlis-majlis VVIP untuk menjayakan majlis mereka...Tahniah apa pun kepada kebolehan mereka...ini terbukti dengan keyakinan tinggi mereka bermain di khalayak ramai...cadangan di masa hadapan akan diadakan satu konsert khas untuk semua band-band ini bersatu di dalam satu persembahan, kita tunjukkan pada pihak luar bahawa kita bagus...kita juga ada pengaruh di kalangan masyarakat kita sendiri dan mungkin juga menjadi pengaruh untuk masyarakat luar, mungkin suatu hari mereka akan menghormati muzik kita...

Seperti juga Band Cromok, sebuah band heavy metal yang pernah menggegarkan Australia...dengan muzik mereka yang lain dari yang lain..kita juga boleh!!

0 ulasan:

kelingai fm