Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Khamis, 8 Oktober 2009

Komitment Tinggi Penentu Kejayaan

Bertemu kembali di edisi hujung minggu minggu pertama di bulan Oktober 2009

Bagi kebanyakan rakan-rakan kita yang menyambut hari raya aidilfitri masih lagi hangat dengan sambutan aidilfitri nya dan bakal tiba Perayaan Cahaya ataupun lebih dikenali Deepavali bagi rakan-rakan kita yang beragama hindu akan menyambutnya, seperti biasa kita sebagai rakyat Malaysia sambutlah ia dengan perasaan sungguh muhibah dan juga dengan semangat 1 Malaysia...

Kali ini sukacita di war-war kan juga kepada semua pelayar Web ini dan juga laman web Gradung gradeng, Jumaat ini bersamaan dengan 9 Oktober 2009 Kumpulan Happo [Kumpulan Muzik membawakan konsep ala Generasi Indie] akan bersama semua pendengar Radio Malaysia Asyikfm untuk tetamu Segmen Band Baru Gradung Gradeng. Jadi jangan lupa untuk bersama mereka untuk preview lagu terbaru mereka dan juga temubual eklusif bersama Vokalis selaku jurucakap kumpulan ini iaitu Saudara Amat Happo Live di talian. Antara Lagu mereka yang diputarkan di Asyikfm ialah;

* Guruh Langit
* Ong Tunggui Akuk

Preview lagu-lagu eklusif "Happo" yang belum pernah disiarkan di Asyikfm juga akan di perdengarkan kepada anda pada rancangan Gradung Gradeng Edisi 9 Oktober 2009 itu
nanti...Nantikan kemunculan mereka memeriahkan industri muzik Orang Kitak!!

UC KKB

Ingin dikongsi juga kepada rakan-rakan pelayar kita pada 8 Oktober Khamis Admin My Hik Hits berpeluang untuk bersama dengan kumpulan UC KKB di Banting Selangor, Walaupun Saudara Syukri, Arix dan rakan-rakan UC lain sibuk dengan tugas harian namun temujanji yang di telah pun diatur tetap di tepati, dan komitmen "Group UC" harus dipuji. walaupun agak lewat pada masa itu, agenda tetap juga di teruskan walaupun nampak seperti mereka kepenatan memandu jauh dari Kg Pangson ke Banting namun senyuman dan yang penting mereka yang sporting tetap "maintain"!

Setelah makan malam bersama, mereka bercerita mengenai Album Video Klip mereka yang merupakan projek terbaru mereka iaitu MTV/VCD Kompilasi UC & Kawan2, yang pasti nya album ini katanya memuatkan lagu-lagu menarik dari UC dan juga rakan-rakan seperjuangan mereka, dan dalam bentuk
VCD@MTV yang pastinya menarik perhatian penggemar Muzik Modern Orang Kita...

Album ini sudah pun berada di pasaran dan kepada anda yang ingin mendapatkan album ini boleh menghubungi Admin Web ini atau pun terus hubungi saudara Arix dan juga Syukri...

"Komitmen adalah kunci segalanya kalau kita ingin berjaya, walaupun perkara kecil kita rasa seperti remeh namun perkara kecil itu akan memberikan kesan besar kepada kita..Disiplin adalah kunci utama kejayaan..dan juga berani mencuba ilmu-ilmu baru dan peluang sebenar ada di depan mata kita sahaja cuma kita yang akan mengambil nya atau pun tidak..." itu antara kata-kta Syukri, dan dia membukitkan dengan komitmen nya mengusahakan perniagaan lain selain mempunyai kerjaya sendiri dan bidang muzik..telah membuahkan hasil yang memberangsangkan kini.. [Syukri menjalankan perniagaan benih keli dan juga menyediakan khidmat nasihat kepada sesiapa yang ingin mendapatkan cara-cara yang ingin memulakan perniagaan]

Penulis [dua dari kiri] bersama ahli Kumpulan UC KKB.

Pertemuan kami agak singkat kerana hari semakin lewat malam, dan Admin My Hits berpuashati dengan kerjasama yang di berikan oleh mereka ini dan juga komitmen mereka...







kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Album terbaru MTV/VCD UC & Kawan2 bleh hubungi :


Admin MY Hik Hits: 013-2744683 [Ady] atau email - adiey1312@yahoo.com

Syukri UC : 012-6785878

Arix UC : 019-5566210

Sabtu, 3 Oktober 2009

Salam 1 Malaysia Semua Pelayar-pelayar di Lautan Cyber

Salam Hujung Minggu kepada semua pelayar pelayar web terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada industri muzik My Hik kita terutama OA di luar sana!!

Untuk minggu ini, ada beberapa perkara penting yg ingin di hebahkan kepada semua...

pertama, kehadiran satu lagi kumpulan baru yang masih baru dan ditubuhkan kira-kira 5 bulan yg lalu. Kumpulan yg di maksudkan ialah kumpulan DP Lanjan Group, kumpulan yang di anggotai oleh semua adik-adik yang masih belasan tahun ini cukup mendapat perhatian editor...atas inisiatif En. Razak seorang veteran muzik yang mempunyai berbagai pengalaman muzik semasa mudanya, dia menubuhkan kumpulan ini, katanya tujuan beliau menarik remaja ini supaya mereka ini tidak membuang masa lapang mereka dgn perkara yg tidak berfaedah dan mahu menjadikan penglibatan mereka ini sebagai satu cara untuk mereka lebih berktrampilan dan lebih yakin dalam kehidupan mereka. Apapun Admin My Hik Hits menyokong segala yang di canangkan oleh En. Razak yang juga berasal dari Damansara Perdana Bukit Lanjan ini. Untuk pengetahuan anda juga DP Lanjan Group ini telah menjadi tetamu Ranc. Gradung Gradeng pada 2 Oktober 2009 lepas di studio konti Radio Malaysia Asyikfm..dan di harap kehadiran mereka memeriahkan lagi industri muzik orang kita..

Kepada anda yang ingin mendapatkan Album terbaru E-Semai 2, Band Alternatif orang kita : HAPPO, VCD Karaoke UC KKB & Kawan-kawan dan juga album Selindung Jingga kini kami ada menjual produk-produk tersebut...boleh menghubungi admin My Hik Hits melalui email adiey1312@yahoo.com atau bleh hubungi terus admin di talian : 013-2744683 [ady], kami menyediakan penghantaran melalui pos kepada anda...

Sokonglah industri muzik MY Hik Kita!!

kelingai fm