Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Ahad, 20 September 2009

Kemunculan E-Semai 2

Jika Anda pendengar setia Radio Malaysia Asyik fm, tentu anda kenal dengan lagu Derita Semalam yang di bawa oleh Kumpulan E Semai 2, Kumpulan berasal dari Desa Temuan Bukit Lanjan Damansara Perdana ini, muncul kembali setelah sekian lama seperti tidak aktif.

Namun kumpulan ini sering menerima undangan untuk memeriahkan majlis perkahwinan bagi masyarakat orang kita di sekitar Selangor dan juga luar dari Negeri Selangor. Kini muncul dengan EP ataupun album sulung mereka himpunan lagu-lagu yang pernah Popular di Radio Malaysia ASyik fm, dan ada juga lagu yang eksklusif di muatkan di dalam album ini.


Di edarkan oleh Blue Crystal Enterprise pengedar yang juga di miliki oleh Orang Kita sendiri, Saudara Mor Ajani.yang berpusat di Desa Temuan, Damansara Perdana, Bukit Lanjan. Selain Album E Semai 2 ini, Blue Crsytal juga menjual beberapa EP dari band orang kita sendiri antaranya ialah Kump. Selindung Jingga yang sehingga kini jualan nya semakin menggalakan di kalangan masyarakat orang kita, ada juga produk lain seperti buku "Semangar Muyang", Komik dalam bahasa temuan pertama "Geik Kedang" dan juga akan diedarkan dalam bahasa Semai tidak lama lagi,dan byk lagi produk yang keluarkan oleh Blue Crystal ini.
Kembali kepada album E Semai 2 ini, dijangka album ini di muatkan lebih 10 lagu di dalam nya...dan akan dilancarkan juga jualannya pada September ini. Mari sama-sama kita sokong..muzik orang kita sendiri dan juga produk yang dihasilkan oleh masyarakat orang kita sendiri. Single terbaru Kumpulan Happo, Guruh Langit pun sudah di dengarkan di corong Radio Malaysia Asyik fm bermula Jumaat lalu 18 September 2009. dengarkan kelainan lagunya dan juga jangan lupa membeli EP mereka, hubungi Admin Web ini untuk maklumat dan pembelian produk dari Blue Crystal Enteprise.

0 ulasan:

kelingai fm