Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Ahad, 20 September 2009

Kemunculan E-Semai 2

Jika Anda pendengar setia Radio Malaysia Asyik fm, tentu anda kenal dengan lagu Derita Semalam yang di bawa oleh Kumpulan E Semai 2, Kumpulan berasal dari Desa Temuan Bukit Lanjan Damansara Perdana ini, muncul kembali setelah sekian lama seperti tidak aktif.

Namun kumpulan ini sering menerima undangan untuk memeriahkan majlis perkahwinan bagi masyarakat orang kita di sekitar Selangor dan juga luar dari Negeri Selangor. Kini muncul dengan EP ataupun album sulung mereka himpunan lagu-lagu yang pernah Popular di Radio Malaysia ASyik fm, dan ada juga lagu yang eksklusif di muatkan di dalam album ini.


Di edarkan oleh Blue Crystal Enterprise pengedar yang juga di miliki oleh Orang Kita sendiri, Saudara Mor Ajani.yang berpusat di Desa Temuan, Damansara Perdana, Bukit Lanjan. Selain Album E Semai 2 ini, Blue Crsytal juga menjual beberapa EP dari band orang kita sendiri antaranya ialah Kump. Selindung Jingga yang sehingga kini jualan nya semakin menggalakan di kalangan masyarakat orang kita, ada juga produk lain seperti buku "Semangar Muyang", Komik dalam bahasa temuan pertama "Geik Kedang" dan juga akan diedarkan dalam bahasa Semai tidak lama lagi,dan byk lagi produk yang keluarkan oleh Blue Crystal ini.
Kembali kepada album E Semai 2 ini, dijangka album ini di muatkan lebih 10 lagu di dalam nya...dan akan dilancarkan juga jualannya pada September ini. Mari sama-sama kita sokong..muzik orang kita sendiri dan juga produk yang dihasilkan oleh masyarakat orang kita sendiri. Single terbaru Kumpulan Happo, Guruh Langit pun sudah di dengarkan di corong Radio Malaysia Asyik fm bermula Jumaat lalu 18 September 2009. dengarkan kelainan lagunya dan juga jangan lupa membeli EP mereka, hubungi Admin Web ini untuk maklumat dan pembelian produk dari Blue Crystal Enteprise.

Sabtu, 12 September 2009

The New Local Band "HAPPO"

"The New Local Band"
HAPPO

Begitulah gelaran yang diberi dan juga sebagai tajuk album EP terbaru satu band Orang Asli yang mempunyai pandangan yang jauh, dan juga kreatif tanpa melupakan asal usul & jatidiri mereka..

Kumpulan yang berasal dari Kg Pulau Kempas, Banting, Selangor ini menggelarkan diri mereka HAPPO. Dari Suku Temuan, antara lagu-lagu yang terdapat dalam EP ini juga dibawa dalam Bahasa Temuan...

Konsep Unik album ini, cukup memberikan kelainan dan juga muzik yang mereka bawa dalam album ini memecah tradisi konsep yang kebanyakan dibawa oleh kebanyakan kumpulan muzik dari masyarakat orang kita, penulis membuat penilaian terhadap mutu muzik ternyata kumpulan ini mempunyai kualiti dan stail permainan muzik yang lain dari yang lain dari kebanyakan 'Band' Orang Kita. Walaupun konsep mereka tidak seperti kebanyakan kumpulan muzik lain di kalangan Orang Kita, namun keberanian mereka sebenarnya telah membuka satu lembaran baru dan kemajuan setapak lagi buat industri Muzik Orang Kita untuk berkarya dengan kualiti yang lebih baik, bagus, dan kreatif...

"We Focus on Quality & Don't Quantity"

Semoga Berjaya "HAPPO" dan Terus kan usaha Anda untuk berkarya dengan lebih baik lagi di masa akan datang,

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Album EP terbaru mereka ini boleh menghubungi Editor MY Hik Hits ini di adiey1312@yahoo.com /atau telefon 013-2744683 (Hardy)

Lagu yang terdapat dalam album HAPPO;

1. Putri
2.Ong Tinak Da'ak Lawa
3.Guruh
4.Ingat Lagik
5.Tiada Kekasih
6.Bonus Track

***Editor MY Hik Hits***

Isnin, 7 September 2009

Transformasi...

Transformasi...

Mungkin ramai yang memberikan pelbagai andaian, bahwa Redstone, UC KKB dua kumpulan. yang berlainan, kita hanya mampu memberikan komen dan membuat andaian itu dan ini..hakikatnya hanya mereka sendiri yang tahu.

Dan sangkalan itu mungkin juga sebagai bahan utama mensensasikan sesuatu untuk menaikkan nama kumpulan tertentu?apa pun yang penting...semuanya itu hanya perkara biasa dalam dunia muzik dan seni ini...

VCD terbaru dari UC dan Kawan-Kawan!!

ps: untuk melihat dengan lebih jelas Promo di atas sila klik pada gambar..

Kumpulan UC KKB kini muncul dgn produk Muzik mereka yang terbaru iaitu VCD Kumpulan mereka dan juga bersama kawan-kawan. Lantaran pasaran dalam lingkungan masyarakat orang kita sendiri yang mempunyai 'demand' tersendiri..mereka lebih meminati Album VCD Video+Audio yang memberikan pakej terbaik untuk nilai wang mereka, Kumpulan UC KKb tampil dengan berbagai Single di Radio Malaysia Asyik fm..kini memasarkan VCD terbaru mereka antara lagu yang di muatkan dalam album itu adalah:

1.Saiba Rock
2.Mai berjoget
3.gadis mimpiku
4.Joget pantun Ayong
5.Kesetian cinta
6. Janda Ma
7.Gadis E'ang Kitak
8.Tangisan
9.Sepiku sendiri
10. Joget pantun kuala kubu
11. Power Rangers

gabungan lagu-lagu menarik dan lain daripada yang lain ini, juga memang sudah menjadi 'trademark' kumpulan ini yang menampilkan kepelbagaian dalam muzik mereka.untuk mendapatkan album VCD ini boleh hubungi mereka dan juga Admin Web ini dengan email kepada : adiey1312@yahoo.com

Seperti biasa Syukrilan selaku jurucakap Kumpulan ini, masih menjalankan aktiviti perniagaannya iaitu menjual benih-benih Keli..selamat maju jaya UC dan juga Perniagaan Syukri Lan!!

Di bawah adalah maklumat untuk menghubungi beliau atas urusan perniagaan beliau...

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Stok Ikan Keli jom kunjungi
Laman di bawah ini sila klik:

http://www.benihkeli.wordpress.com

Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kerana meluangkan masa menghantar
email dan melawati Laman Blog saya.

Majulan Orang Kita!
***My Hik Admin***

kelingai fm