Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Ahad, 23 Ogos 2009

"Saiba Rock" Semakin mendapat perhatian...

Pernahkah anda mendengar lagu "Saiba" nyanyian kumpulan khalifah? pasti ramai diantara anda lebih mengetahui lagu itu memang hits diputarkan di mana-mana corong radio, dan juga di mana-mana stesen radio di Malaysia ini...lagu yang diambil dan di sadurkan kembali dalam versi Malaysia dan dibawa dalam slanga atau dialek Kelantan yang pekat menjadikan lagu tersebut cukup unik dan ada diantara kita yang tidak menyangka bahawa lagu itu asalnya daripada lagu yang menjadi Sountrack Filem Hindi...

Kumpulan UC KKB, kumpulan muzik yang berasal dari Kuala Kubu Baharu Selangor ini, adalah kumpulan dari Masyarakat Orang Kita sendiri iaitu daripada Suku Kaum Temuan mungkin namanya 'group' ini agak asing, dan mungkin hanya segelintir mengetahui nya kepada rakan-rakan kita peminat setia Radio Malaysia ASYIKfm itupun lagu ini masih baru lagi di ketengahkan di Stesen itu...

Dengan bantuan dari pemain guitar Kumpulan Khalifah saudara Khairi...yang memang bekerja sama rapat dengan kumpulan ini, mereka menghasilkan lagu "Saiba Rock" yang digubah dari segi susunan lirik dan muziknya..yang seakan-akan menyerupai lagu asal Saiba dari Kumpulan yang dianggotai Khairi sendiri..iaitu kumpulan Khalifah...UC KKB mengambil peluang ini...Sedara Syukri memang tidak asing lagi..kerana beliau pernah menganggotai kumpulan Redstone yang suatu ketika pernah..popular dengan lagu-lagu mereka yang memang menyengat di Siaran Radio Malaysia ASYIKfm..membentuk kumpulan UC KKB yang konsep muzik mereka tidak lari dari kumpulan Redstone dahulu dengan membawa konsep muzik Rock dalam perjuangan muzik mereka...

Memegang jawatan sebagai penguatkuasa, pengusaha benih keli...minat beliau pada muzik tidak pernah pudar..sesiapa pun di dalam masyarakat dan komuniti masyarakat uwang kitak Orang Asli harus berbangga dengan jatidiri sendiri dan harus mencontohi usaha Saudara Syukri ini...begitu juga untuk kumpulan muzik lain di dalam ruang lingkup industri muzik Orang Kita ini...yang penting jangan berputus asa dalam usaha untuk berjuang dalam bidang yang anda minati ini...

untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan ini sila ke http://syukrilan.wordpress.com/ laman mereka yang dibangunkan sendiri oleh Saudara Syukri.

DENGAR DAN DOWNLOAD LAGU HITS MEREKA

SAIBA ROCK DI SINI!!

* UC KKB - SAIBA ROCK

0 ulasan:

kelingai fm