Dapatkan baru di pasaran!! E-Semai 2

Sabtu, 29 Ogos 2009

Dulu & Sekarang....

Dulu dan sekarang memang berbeza...setiap zaman ada caranya tersendiri...jika dulu kegilaan terhadap muzik 60'an/dan kemudian muncul muzik Rock yang membawa pengaruh yang cukup kuat malah genre muzik itu sehingga sekarang masih lagi mendapat tempat perhatian...Siapa kata muzik Rock sudah berkubur??

Lihat saja Kumpulan Khalifah, Jinbara antara kumpulan rock generasi baru...yang begitu kuat pengaruh rock nya. Tidak ketinggalan juga dengan industri kecil muzik kita yang dikira semakin bagus jika dibandingkan dengan masa dulu. Dengan adanya teknologi sekarang ini, disertakan dengan semangat juang yang tinggi dan mahu berubah tidak mustahil industri kita akan berkembang...semuanya perlu kerjasama dari semua pihak.

Jika dulu kemunculan artis berkumpulan pertama merakamkan album, iaitu Kumpulan Jelmol diikuti Seneroi, dan selepas itu Endral, Genrai...ia seakan satu fenomena baru dan kemajuan setapak lagi industri muzik kita di penghujung 90'an...selepas itu perubahan demi perubahan, era globalisasi, dengan kemajuan teknologi..perubahan itu harus seiring dengan kita juga di industri muzik dalam lingkungan masyarakat kita sendiri.

Perubahan memaksa kita juga berubah dan mencari cara baru..dalam memasarkan muzik kita...bukan itu sahaja tetapi untuk menunjukkan kepada luar bahawa orang kita juga mampu, orang kita juga berkualiti, orang kita juga hebat...biar ada perubahan walaupun sedikit..ini kerana perubahan yang sedikit itulah yang akan membawa kesan yang besar di masa akan datang.

Sehingga artikel ini ditulis, banyak sudah perubahan yang telah ada dan telah kita nampak dalam industri muzik kita, tiada lagi malu untuk berubah...terus maju dan terus maju , Ramai diantara masyarakat orang asli kita sendiri pun sudah ramai yang menggunakan internet sebagai medium memasarkan produk kita, satu perkembangan yang bagus...gunakan medium yang ada untuk faedah bersama.

UC KKB, Kumpulan yang berasal dari Kuala Kubu Baru yang berani berubah dengan menggunakan medium internet dalam memperkenalkan Muzik mereka, mereka membawa konsep Rock tetapi unik kerana mereka mengekalkan indentiti dan asal usul budaya mereka di dalam lagu-lagu mereka..Syukri, salah seorang ahli kumpulan ini berkata, "ilmu pengetahuan penting dalam survival Lagu-lagu kita, orang diluar sana semakin inginkan kelainan tetapi pada masa yang sama inginkan sesuatu yang menarik...menggunakan medium internet pada masa ini adalah satu cara yang paling baik selain cara biasa seperti penjualan CD, penyiaran lagu di radio dan sebagainya", Katanya...

Radio Malaysia Asyikfm juga masih memperjuangkan dan menyiarkan lagu-lagu dari band-band Orang Kita sendiri... "Jika Asyikfm tidak menyiarkan lagu-lagu kita, siapa lagi?. Hanya Asyik fm yang menyiarkan lagu-lagu orang kita dan ini harus diteruskan", Kata salah seorang rakan yang meminati siaran ASYIKfm.

Selain UC KKB, kumpulan yang semakin mendapat tempat pada masa ini ialah kumpulan i-Sabath berasal dari Perak dari Suku Kaum Temiar, Kumpulan ini membawa juga genre Power Metal ala-ala kumpulan Cromok...kemunculan mereka tanpa disangka-sangka di dalam sebuah rancangan dokumentari terbitan TV3 menghangat kan lagi kehadiran kumpulan ini dalam industri muzik kita..kita percaya ramai lagi bakat-bakat yang bagus dan layak diketengahkan dan dibawa ke peringkat yang lagi tinggi..

Semoga lebih maju...

***Salam 1 Malaysia***
**My Hik Hits Admin**

0 ulasan:

kelingai fm